Total Pageviews

Sunday, October 21, 2012

Asasi War Games 2012



Oh yeah, walaupun dah lama berlalu Asasi War Games ni, I still cherish the moment in that short time of 3 days camping at Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Pada 3-5 September 2012, we had a great time indeed even though at first, we were having kind of tiring week of final exam. So, after Algebra's final exam at that morning finished, we had our breakfast at Pusat Asasi Pertanian then bergerak ikut bas masing-masing. Kesian Zulu-ian for Jasin's, kitaorang kena sharing bas so we didn't know our team completely yet. So for myself, I got to share bus with team Sierra. Sebelum bertolak, some of us realised that our Prof Mahiran, Pengarah of Pusat Asasi and Dr Norihan doing some sentimental value by sending us off from UPM.

Once we arrived at Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka, the first impression about that camp was the place are located surrounded by lake. Ada juga penduduk tempatan yang menjalankan ternakan ikan air tawar dan tempat memancing.

AKTIVITI hari pertama (3th Sept):

Ground briefing by the founder of the camp known as Pak Let. He gave us briefing about Kem Lambaian Danau. Beliau memilih Tok Batin (Hafizuddin) yg akan memastikan kebajikan kami semua di kem tersebut dan Mak Dara (Hamizah) yg bertanggungjawab memastikan setiap kumpulan bergilir-gilir membantu di dapur dengan membantu basuh pinggan sambil mengenali orang-orang di dapur yg bertanggungjawab menyediakan makanan kami sebanyak 5 kali sehari.

Seterusnya, aktiviti pasang khemah. Interesting part is there are different name of each camping site, and I got medium-sized camping site named Bukit Kecil which is enough for 6 tents there. Before starting set up the tent, we were given a short demo on how to put up a tent. 3-4 per person for each tent. Rakan sekhemah saya ialah Aqila and Izzah. Selepas itu, para pelajar perempuan diminta berkumpul di Dataran Insan manakala lelaki diminta berkumpul di tempat berlainan.
Pelajar perempuan beratur mengikut kumpulan masing-masing, dan ditugaskan untuk memakai jaket keselamatan. Kemudian, kumpulan 10 hingga 6 bergerak dahulu ke tasik untuk aktiviti Water Confident diikuti kumpulan 5 hingga 1.

Aktiviti ini khas untuk melatih daya keyakinan ketika waktu-waktu kecemasan semasa kem ini berlangsung kerana terdapat beberapa aktiviti yg dijalankan di tasik tersebut. Antara cara-caranya ialah terapungkan diri di atas permukaan air dengan tenang. Ia penting untuk tidak panik supaya anda terus terapung dan tidak tenggelam. Kemudian, kami membuat bulatan apabila sampai di tempat fasilitator berada lebih kurang 50 m dari tepi tasik. Kami juga diajar tentang teknik-teknik berenang yang betul. Bagi pelajar lelaki, difahamkan mereka berjogging ke luar kem dan berkumpul di sebuah kawasan lapang. Mereka diberi aktiviti Pertandingan Fotogenik. Ianya bertujuan untuk melatih pelajar berfikir secara pantas tentang apa-apa perlakuan atau pergerakan yang menggambarkan tema kumpulan masing-masing iaitu, Alpha Ayam, Bravo Beruk, Charlie Cacing, Echo Elephant, Oscar Orang Utan, Sierra Siput, Romeo Rabbit, Zulu Zebra, Tango Tikus dan Delta Dubuk.

Pada malam pertama, berkumpul di Dewan dan memulakan aktiviti Ice Breaking. Kami diberi masa lebih kurang 30 minit dan ditugaskan untuk mencipta cheers kumpulan masing-masing. Kumpulan saya, Zulu Zebra yang mengaitkan haiwan Zebra dengan tarian Gangnam Style. Selepas kali kedua mempersembahkan cheers kami kepada Pak Let, baru cheers kami diterima sepenuhnya. Bak kata Pak Let, cheers menggambarkan kerjasama dalam kumpulan dan dinilai mengikut kesungguhan setiap orang di dalam kumpulan tersebut.

Aktiviti seterusnya ialah Night Walk. Tidak dinafikan perasaan takut membelenggu diri setiap orang. Namun, beberapa doa dibaca sebelum bergerak ke tempat berkumpul yang sebenar. Setelah menyusuri jalan masuk ke dalam hutan, dan berkumpul di suatu kawasan yang lapang, kami bergilir-gilir untuk memulakan aktiviti Night Walk. Aktiviti ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang menarik kerana ia bermula di sebuah jalan denai dan kami hanya perlu mengikut tali yang disediakan yg diikat pada pokok-pokok. Dengan bantuan cahaya bulan, kami tidak dibekalkan dengan apa-apa seperti lampu suluh. Aktiviti ini bertujuan untuk mengujikan daya ketahanan kita secara fizikal dan mental serta menjadikan kita lebih berani. Pelajar lelaki diarahkan bergerak secara berdua, bertiga dan berempat untuk memulakan aktiviti Night Walk tersebut. Apabila tiba giliran pelajar perempuan, kami diarahkan bergerak secara bertiga, berlima dan ada yang secara berseorangan. Mengikut pengalaman saya, laluan yg kami lalui ada yg dicelah pokok, dan setiap jarak dlm beberapa meter, kami akan berjumpa dgn fasilitator. Ada yg menyorok dan ada yg menyergah, ini kerana memastikan kami berada dlm keadaan normal. Bahagian yg menarik dlm aktiviti Night Walk ini ialah apabila kami berada di penghujung jalan dimana di hadapan kami hanya ada lampu suluh yg terang menyilau seperti jatuh di atas tanah, di sebelah kiri ada pokok yang bergoyang, disebelah kanan ada bunyi yg kurang menyenangkan serta tali yg sudah tiada. Kumpulan saya yang berlima hanya tenang dan ternampak di hadapan sebuah jalan denai yg sgt kecil berhadapan kawasan lapang dimana kesemua yg sudah habis menjalani aktiviti Night Walk sedang memerhati.

AKTIVITI hari kedua (4th Sept):

Tepat pukul 7 pagi, kami berkumpul di Dataran Insan untuk bersedia membuat senaman yg diketuai oleh Pak Let kemudian baru kami bersarapan. Selepas itu, kami berkumpul di dalam kumpulan masing-masing bersama fasilitator untuk taklimat mereka cipta rakit untuk aktiviti Rakit Race. Mengikut kata fasilitator kumpulan Zulu Zebra, Abang Hafiz, tujuan membina rakit secara berkumpulan penting dengan cara bekerjasama memilih buluh yang sesuai, mengikat tali rakit dengan betul dan mengikut arahan fasilitator, cara menyusun buluh-buluh di atas tiub dengan betul. Kesemua aspek-aspek ini penting untuk memastikan rakit tidak rosak ketika menempuh 4 laluan yg mencabar. Kumpulan kami diarahkan untuk bergerak mengikut laluan D, B, C, A. Dengan semangat yg kental, kumpulan Zulu cuba berakit dengan jumlah 6 orang setiap laluan cuba bersaing dengan 4 kumpulan yang lain. Namun, rakit kami pecah apabila tiba untuk laluan yg terakhir iaitu laluan A yg mempunyai cabaran pokok rumpai yg begitu banyak dan menyukarkan pergerakan rakit kami. Kumpulan Zulu hanya mendapat tempat yg kedua terakhir.

Namun begitu, semangat kami tidak pernah pudar. Selepas makan tengah hari, aktiviti seterusnya ialah Danau Exploration Race. Untuk memastikan kami bergerak di atas track yg betul, kami perlu mengikuti laluan yg ada sehelai bendera oren. Aktiviti ini mempunyai beberapa task.
Task 1 ialah OTOS yg membawa maksud 1 Team 1 Spirit. Ianya bermula dgn aktiviti Water-Tubing yg memerlukan 4 orang, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Tujuan aktiviti in dijalankan adalah memupuk semangat bekerjasama untuk tidak terpisah antara satu sama lain. Dengan cara kaki dikepit pada tiub orang dihadapan dan tangan bebas berenang menuju ke bendera biru yg bertanda B, dan berenang secara Water-Tubing untuk kembali ke darat. Aktiviti ini agak mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yg tinggi.
Task 2 pula ialah kami ditugaskan menjual kuih dalam masa yg singkat dan mengumpulkan duit hasil jualan sebanyak RM 30. Aktiviti ini bertujuan melatih pelajar untuk pandai menarik pelanggan, berjual beli di sekitar kawasan kampung dalam masa yg singkat dan yg paling penting, berbudi bahasa ketika berjual beli.
Task 3 ialah bertempat di kubur, dan kami ditugaskan untuk mencari 5 nama yang meninggal dunia pada tahun yg sama. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menguji daya ingatan dan ketangkasan seseorang.
Task 4 pula bertajuk "Rugi Tidak Tolong Emak di Dapur". Tugas kami disitu ialah dengan berbekalkan 2 helai daun kelapa dan diarahkan menganyam apa-apa makanan disebut oleh fasilitator yg bertugas. Pada mulanya kumpulan Zulu Zebra diarahkan menganyam kuih bingka namun dengan belas ihsan fasilitator disitu, kami diarahkan hanya menganyam ketupat.
Task 5 pula ialah kami dikehendaki menjawab soalan Matematik mengenai soalan Probability. Ianya bertujuan untuk kami berfikiran dengan pantas tanpa menggunakan apa-apa seperti kalkulator.
Task 6 pula bertempat di Grand Canyon. Mengikut arahan yg diberikan, kami berpeluang untuk menjadi orang kampung dengan mengharungi paya lumpur yg sedalam paras pinggang. Kami juga mesti memastikan ada kesan lumpur tidak kira di muka mahupun di tangan.
Task 7 pula tidak jauh dari Grand Canyon dimana kami ditugaskan mempersembahkan cheers kami dgn penuh semangat di hadapan fasilitator yg bertugas sehingga mereka berpuas hati dgn tahap kesungguhan kami.
Task 8 pula bertajuk "Siapa lebih Tinggi". Tugas ini memerlukan beberapa orang untuk membaca mesej di atas kertas berwarna kuning yg ditampal pada pokok yg tinggi. Untuk kumpulan kami, ahli kumpulan kami, Zol dan Tasneem bekerjasama untuk aktiviti ini dan tidak sampai beberapa minit kami sudah menyelesaikan tugas ini.
Task 9 juga tidak jauh dari tempat Task 8. Kami diarahkan merentasi sebuah paya dengan senyap sambil diperhatikan oleh Pak Let. Sekiranya kami gagal bergerak secara berkumpulan dgn senyap, kami akan diarah untuk merentas paya itu sekali lagi. Semangat kerjasama amat diperlukan kerana untuk memberitahu secara berbisik kepada orang di belakang tentang laluan mana yg harus dilalui supaya tidak terlalu dalam, ada batu dan sebagainya. Sampai sahaja di tebing, lumpur disitu agak liat dan untuk naik ke darat amat memerlukan bantuan dari ahli-ahli yg sudah berada di atas tebing dan disitu semangat tolong-menolong ditonjolkan.
Task 10 sebaik sampai ke kem kembali, kami diminta mengumpulkan botol-botol dan batu-batu yg dikutip semasa berhampiran Grand Canyon. Ini sebagai tanda kami berjaya melalui laluan yg mempunyai checkpoint yg tertentu.
Sebaik habis aktiviti Danau Exploration Race, kami beredar ke tasik untuk membersihkan diri selepas itu bersedia untuk aktiviti di malam hari.

Selepas selesai menunaikan solat Jamak Maghrib-Isya', aktiviti yg diadakan ialah BBQ dan juga persembahan dari setiap kumpulan. Kami dihidangkan dengan juadah BBQ yg menyelerakan setelah seharian menjalani aktiviti yg sangat mencabar. Selesai kami berkumpul mengikut kumpulan, kami diberi masa lebih kurang satu jam untuk memikirkan persembahan mengikut tema yg diberikan oleh Pak Let iaitu untuk Kumpulan Zulu Zebra iaitu tema kemerdekaan. Kami mempersembahkan sebuah sketsa mengenai sebuah keluarga yg sedang bersantai menonton televisyen. Di saluran TV yg pertama memaparkan berita yg sedang menghebahkan kpd orang ramai tentang kemerdekaan. Di saluran TV yg kedua pula memaparkan sebuah temu ramah oleh seorang wartawan menemu ramah remaja generasi Y tentang pendapat mereka mengenai makna kemerdekan bagi mereka. Dan terakhir di saluran TV yg ketiga memaparkan sebuah kumpulan koir yg menyanyi lagu 'Tanggal 31 Ogos'. Selepas aktiviti persembahan, penyampaian hadiah diadakan. Kumpulan Zulu memenangi anugerah 'Kumpulan Paling Santai'.Sebelum beredar untuk bersedia untuk tidur, kami diberikan taklimat mengenai War Games dan carta permainan yg siap direka oleh para fasilitator.

AKTIVITI hari terakhir (5th Sept):

Pada pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di Dataran Insan dan bersenam mengikut senaman yg direka khas oleh Pak Let. Selepas itu, kami bersarapan di Dewan beramai-ramai seperti biasa. Kemudian, kami berkumpul kembali di Dataran Insan dan diberi taklimat ringkas oleh orang Kanan Pak Let mengenai aktiviti kami yang terakhir iaitu War Games. Terdapat beberapa peraturan yg kami patut patuhi iaitu pelajar lelaki hanya boleh membunuh dengan cara membaling telur ayam dan pastikan pecah pada Jeneral iaitu ketua pihak lawan ataupun lelaki pihak lawan. Hanya perempuan yg berpeluang untuk membunuh Jeneral pihak lawan, lelaki pihak lawan mahupun perempuan pihak lawan. Selepas itu, kami bergerak ke paya lumpur terakhir yg kami telah pergi pada hari kedua. Setiap 10 kumpulan digabungkan menjadi 5 kumpulan. Kumpulan kami Zulu Zebra bergabung dgn Kumpulan Echo Elephant sebagai Kumpulan A. Tujuan yg jelas tentang gabungan kedua-dua kumpulan ini ialah membina semangat kerjasama di antara kedua-dua kumpulan secara pantas dan membina kepercayaan antara satu sama lain dalam mempertahankan Jeneral masing-masing. Kumpulan A ini berjaya hingga ke semi-final namun tidak berjaya untuk masuk ke final. Namun begitu, kenangan berperang di dalam lumpur amat berharga dan tidak boleh dilupakan.

Selepas habis War Games, kami bergerak beramai-ramai ke tempat lapang untuk mengeringkan badan masing-masing sebelum bergerak ke arah tasik membersihkan diri masing-masing. Kemudian, selepas habis makan tengah hari dan solat jamak, aktiviti penutup bermula. Aktiviti penutup bermula dengan ucapan penghargaan dari Pak Let, ucapan dari Tok Batin dan juga ucapan dari Pengarah Pusat Asasi Pertanian, Prof Mahiran. Seusai aktiviti penutup, penyampaian hadiah bagi pemenang keseluruhan aktiviti diberikan kepada kumpulan Delta Dubuk. Kemudian, kami dipulangkan kembali barang-barang berharga seperti handphone dan dompet. Kami bergerak ke bas masing-masing. Sebelum bas-bas mula bergerak, kami mengambil kesempatan bergambar di hadapan Kem Lambaian Danau bersama fasilitator masing-masing.
Pada lebih kurang pukul 5 petang, akhirnya kami sampai di Universiti Putra Malaysia dengan selamat.

SEKIAN, full reviews of our activities during Asasi War Games. Harap dpt membantu dan part kaitan War Games dgn pertanian, boleh fikir-fikirkan sendiri :)


21th October 2012, Sunday 8:38 p.m